Monday, February 18, 2013

Hati berbicara


ALLAH menitipkan Kelebihan disetiap Kekurangan.....

Menitipkan Kekuatan disetiap Kelemahan......
Menitipakan Sukacita disetiap Dukacita.....
Menitipkan Harapan disetiap Kerayuan....

ALLAH berjanji semua itu akan indah pada waktunya....



✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

BILA HATI BERBICARA

1.  Jangan banyak berharap pada si dia yang tak menghargai diri mu ..
Berbahagialah dengan apa yang kamu miliki .. Dan jangan bersedih dengan apa yang tidak kamu miliki .. 

2.  Aku menulis namamu di langgit tetapi awan menghapusnya .. Lalu aku menulis namumu di pantai namun ombak telah menghapusnya .. Jadi aku menulis namamu di sudut hatiku agar tidak akan ada yang boleh menghapusnya .. :)

3.  "Jika inginkan KEJAYAAN, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaikinya"

4.  ❝Tidak semua AIR MATA bererti DUKA.. Kadangkala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN..❞

❝Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA.. Kadangkala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA..❞

5.   Setiap manusia tidak lari dari musibah, tetapi manusia boleh mengubah musibah itu menjadi satu hikmah..#always positive..

6.  “Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. =)

7.   Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap semua,
tetapi perlu menjadi matahari yang silaunya akan membuat Adam tertunduk sebelum memandangnya ;)

8.  "senyuman itu percuma, tp sgt berharga, ia memberi kebahagiaan dlm persahabatan, memberikan kekuatan dlm keletihan, memulihkan semangat yang kecundang, ukirlah senyuman di wajahmu supaya dpt membahagiakan setiap insan.""

9.   ~Tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurnian WUDHUK dan AIR MATA keinsafan.Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendengar segala ISI HATI yang lara~

10.   Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana di hadapan sedang menunggu sesuatu keajaiban..#keep smiling.. :-)

11.  Kau kan temui kebahagian suatu hari nanti .. Walaupun aku tidak bersama kau .. Jangan kau risau tentang aku .. Ku akan sentiasa mendoakan dan mengingati dirimu ..ku harap kau juga begitu.. Dari jauh ku akan mencintai mu .. :') :') 

12.  Mengapa harus ada rasa cinta jika tiada keikhlasan ..Andai ku tahu diri mu tak kan setia tuk menyimpan segala rasa cinta .. Kecewa ku mengenang semua bicara manis mu yang tiada makna.. Betapa gelapnya dunia tanpa mu disisi ku .. Andainya ku tahu kau hanya mempermainkan diri ini ..

13.  Manusia berbeza-beza...
Tetapi semuanya menuju 1 arah dalam mencari KEREDHAAN dan KETAQWAAN kepada ALLAH...

14.  Orang jahat tak semestinya masuk neraka kerana adanya taubat, orang baik tak semestinya masuk syurga kerana adanya riak

15.  Menerima perpisahan sebagai pengalaman hidup .. Kekecewaan adalah asam garam kehidupan 
Jadilah insan yang bersyukur dAn berterimakasih .. Hormatilah dan sayangi diri anda .. Tetapkan arah tujuan dan makna hidup anda .. 
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

UNTUK DIA

Bergitulah Caranya.....
Bergitulah Dirinya.....
Bergitulah segala-galanya....


Ungkapan itulah yang mampu aku katakan... mungkin ia akan berakhir.. itu pintarnya.. apalah daya aku! itu mahunya...

Tiada yang mengerti.. tiada yang tahu apa yang telah terjadi... aku tak tahu mana silapnya... berkali-kali aku cuba mempertahankannya... tapi aku juga yang dipersalahakan!....

Janjinya bagaikan daun-daun yang gugur... pedih hati siapalah tahu...
Maafku padanya sentiasa terbuka.. tapi kenapa ia hanya seketika???...

Tidak terdetikkah dihatinya.. untuk menilai??? Egonya tinggi... aku terkilan.. tapi aku tetap bersabar... Kerana sabar itulah yang mengajar aku erti KETABAHAN....

Siapalah aku dimatanya... baginya... semua salah aku! yg buruk aku! yg jahat aku!.. smua yang tidak baik semua datang dari aku...

kenapa ia terlalu EGO!!!!

Jika itu mahu mu.. aku terpaksa... ssungguhnya itu bukan mahu ku.... biar lah aku BERDIAM diri.. krana itu lebih baik dari bersengketa...biarlah... aku menahan dari cakap orang! mungkin itu sementara...(diri mula terbayang wajah ma n abah... maafkan ema...jangan tanya ema apa2...ema xmampu nk berkata2)....

Aku selalu berkata pada diri sendiri aku wanita yang TABAH!!!
bila teringat dan ku imbas kembali... bertapa sedihnya aku... Airmata aku laju mengalir... aku sendiri yang laluinya...

Maafkan lah aku.. halalkan makan minum aku... halalkan segala-galanya...
mungkin awk lbh bahagia dengan orang lain.. siapalah saya pada diri awk...

# Menagis itu perlu #











✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, February 16, 2013

Jangan Tidur Sebelum Kita Berjaya Memaafkan Orang Lain


Kita sering mendengar ayat ini dalam hidup sehari-hari. Pelbagai pandangan yang bakal kita dapat jika kita mengutarakan kata-kata tersebut. Pasti ada yang setuju dan mungkin sesetangah pihak akan membangkang kenyataan ini. Tapi itulah realiti hidup, bila ada pihak yang melakukan kesalahan, pasti akan ada pihak yang memaafkan kesalahan tersebut.

Tapi, persoalan sering bermain di benak fikiran ana sendiri. Mampukah ana untuk melakukannya? Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlalu mengikut hawa nafsu. Astagfirullahalazim. Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa ana yang lemah ini.

Ikhlaskah kita andai kita memaafkan seseorang itu? Atau kita hanya sekadar berkata. “Ye, saya dah maafkan segala kesilapan awk”. Cukupkah hanya dengan kata-kata ini menandakan kita sudah rela untuk memaafkan mereka? Semoga kita semua, dapat mengikhlaskan hati, memaafkan mereka. Susah untuk kita memaafkan seseorang tetapi tidak mustahilkan kita dapat memaafkan orang tersebut?



INSYALLAH, teman-teman, memang sukar untuk kita memaafkan seseorang tetapi kita juga harus ingat bahawa kita juga sering melakukan kesalahan dan pastinya kita ingin orang tersebut memaafkan kita. Jadi, kita ambil ikhtibar dengan situasi ini, jika kita menginginkan orang lain memaafkan kita, kita juga harus melakukan perkara yang sama.

Ingatlah kita sebagai manusia, bahawa ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba hendaklah sentiasa memaafkan orang lain andai inginkan hidup sentiasa di berkati di dunia dan juga di akhirat.
Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga.

Wassalam, peringatan ini lebih kepada untuk diri ana sendiri yang sering melakukan kesilapan.^_^

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, January 30, 2013

Tazkirah: Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup


Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Doa Kepada Ibu Bapa Membuka PIntu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Rahsia Personaliti Diri



Assalamualaikum.... dan Selamat Pagi... Jom segarkan minda anda dengan Rahsia Personaliti..

Ini adalah ujian personaliti diri.
Pilih jawapan anda mengikut naluri.
Tidak ada jawapan yang benar atau salah.

Bayangkan diri anda bersama seorang rakan di kedai kopi. Rakan anda baru saja memilih cappuccino, yang anda fikirkan ingin pilih. Jadi apa yang akan anda lakukan sekarang?


A) "Aku sama."
B) "Aku juga."
C) "Buatlah dua."
D) "Aku mahu teh ais."
(Atau yang minuman lain yang berbeza sama sekali .)
E) "Cappuccino."

Pilih jawapan anda, kemudian turun ke bawah untuk setiap pernyataan dan pengertian



"Aku sama."
Anda adalah orang yang mudah. Anda jarang menolak kawan-kawan anda ketika
mereka datang kepada anda untuk meminta bantuan. Kadang-kadang, anda mungkin lebih bijaksana untuk mengatakan "TIDAK". Hal ini dapat menyelamatkan anda daripada masalah yang tidak perlu.

"Aku juga."
Anda adalah orang yang ragu-ragu. Dan alasannya mungkin kerana anda berfikir lebih daripada yang lain! Kadang-kadang anda perlu pergi untuk itu, kalau tidak, anda mungkin mendapati diri anda kehilangan banyak kesempatan yang pada akhirnya akan membawa anda menuju kejayaan.

"Buatlah dua."
Anda mempunyai kemahuan yang kuat. Anda ingin mengendalikan orang lain. Meskipun
anda tidak menunjukkan hal ini, anda mempunyai keinginan tersembunyi untuk menjadi lebih baik daripada semua orang yang mengelilingi anda.

"Aku mahu teh ais."
(Atau minuman lain yang sama sekali berbeza.)
Anda sangat kompetitif dan tidak takut untuk mempersembahkannya. Anda tidak puas dengan kedudukan kedua. Namun, anda harus berhati-hati engan tindakan anda, seperti orang lain mungkin merasa tidak selesa kerana anda sifat keras kepala untuk menang di semua perkara.

"Cappuccino."
Keras kepala adalah kata terbaik untuk menggambarkan anda. Anda tidak akan menyerah pada apa sekali pikiran anda ditetapkan. Anda hidup dengan peraturan anda sendiri, dan mengutuk yang lain darinya. Tetapi untuk banyak orang, anda hanya keras kepala
yang masih dalam pertimbangan kepada orang lain.


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Rahsia Pandangan Mata


Cara pandangan mata seseorang terdapat makna yang tersirat. Berikut adalah rahsia disebalik pandangan mata. Artikel ini adalah sekadar bacaan semata-mata, bukan untuk dibuat pegangan 

1. Jika mata jarang berkedip
Tand orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila dia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau

Orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata

Orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah
Tanda orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil

Tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh 
Orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu
Orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya

Berhati-hati! Orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, January 26, 2013

~warkah cinta~




mimpi itu umpama pelangi...
cantik, namun hanya fantasi...

kita harus akur,
bahawa perjalanan ini adalah kehidupan...
yang sentiasa bergerak dan berjalan...
doaku...
moga Allah anugerahkan kekuatan...
demi sebuah perjuangan kehidupan...
dan menganugerahkan khusnul khatimah buatmu mujahadah....



*COPY&PAST*


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

"KALAU ANDA DILAHIRAN PADA"


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.9


no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.


no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.


no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.


no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 


no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.


no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, January 16, 2013

khas untuk sume wanita.


Hanya Utk mu seorang Wanita...

Yaa Allah, jadikan wanita yang membaca ini
menjadi wanita yg cantik, kuat, sabar. sihat,
solihah & disayangi banyak orang. Tolong &tingkatkan
kehidupannya.Begitupun jika dia melangkah, selamatkan
dia dan berikanlah dia kekuatan dalam mengharungi
kehidupan di DUNIA dan AKHIRAT' Amin.

ambik dari blog cik tom.sape2 nak ambik pon boley.ni sebagai doa jugak.


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, January 15, 2013

Rezeki


Assalamualaikum.. pembuka bicara...


Biacara aku tiada laa seenak bicara insan lain.. apa yg aku tulis hanya sekadar luahan yg terpendam di hati kecil aku ini... sekurang-kurangnya dengan luahan ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati aku...:)



Semaikan kata2 ni dalam diri kita....

Ia ibarat pembakar semangat sy...

Sy hrus bjaya !! HARUSSS...

Aku bukanlaa dari kalangan Orang berpangkat dan kaya.. pekerja aku sekarang pun hanya KERANI... tambah2an bukan dari Badan Kerajaan.. setiap kali aku melihat orang lain berjaya.. hati aku sedikit cemburu!! .. CEMBURU kerana aku masih bergini..masih betatih untuk mencapai kejayaan.. tapi dari sikap cemburu melihat kejayaan org lain laa.. ia seakan2 mbakar semangat aku untuk turut serta mencapai KEJAYAAN.. !!! biar pun ada halangan namun aku tetap ingin berjaya!!.. mungkin bukan rezeki aku untuk masa ini.. mana tahu suatu hari nanti??? 

Doa aku tidak putus pada yg Maha Esa.. pelbagai cara aku mencuba.. ! tidak sekali pun terasa penat dengan kehidupan skrg kerana aku tahu ada lg yg lbh susah.. cuma rezeki manusia ALLAH dah tentukan.. ketabah, kesabaran. keyakinan dan semangat sentiasa berkobar2 dlm dad aku...

moga apa yg aku hajati satu hari nanti ... akan tercapai..
setiap langkah aku.. penuh dengan pengharapan...

Niat di hati... aku :

* ingin menbantu ma...xnk ma kerja lagi...
* teringin sgt nk hntar ma ke MEKAH... (sbb sy tahu.. ma pn nk ke sana)
* Saya nk tengok ma tersenyum (sbb sy tahu sy stu2nya harapan ma).. Insyaallah ma... sy akn berusaha..

Di sini aku serta kan doa2 pembuka rezeki , moga kita sama2 amalkan nya.. Insyallah...





Moga segalanya dipermudahkan... aminnn


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, December 25, 2012

Bulan Disember



jam tepat mnujukkan pkul 1.30 pagi.. mata ak masih lagi tbuka luas... esok pg2 lagi dh nk kne bgun kerja....
dah lama blog aku ni bsawang!... nk tau npe tjuk entry ak Bulan Disember??? sbb bulan ni kn musin ujang n dlm pd masa yg besday ak pon jth pada bln ni...hehehehe

tinggal brapa ary je lg besday ak... agk2 hubby ak ingt x besday ak???? :)....

ak pon mls nk bebel pjg2..bb mood nk mgarang kkurang ckit mlm ni..hehe
k laa Gud Nitezzzzz
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Monday, December 24, 2012

Sahabat Selamanya

Kita Lahir dengan Kebebasan,
Sebuah  fitrah suci seorang hamba,
Kita hidup dengan keterbatasan,
Allah jua yang menjadi Tuan,
Mengatur kebebasan dan keterbatasan,
Dari situ, manusia bahagia dan sejahtera,
Kini, manusia mahu menjadi “Tuhan”
Diturutinya NAFSUnya
Diciptanya keterbatasan yang melukakan
Berlagak angkuh laksana Tuhan
Lupa peranan mentadbir ummah
Adil, dan Saksama,
Ummah ini asalnya bebas milik Allah,
Kini resah, luka, sakit ,
kerana zalimnya SYAITAN LAKNATULLAH.
Namun, bumi sentiasa berputar,
Siapa yang ALPA ada balasannya,
Pasti akan terjerumus,
Pasti akan lalai semula seperti dulu,
Bangkitlah SAHABAT, bangkit,
Kawal NAFSUmu,
JANGAN BIARKAN NAFSUmu,
MENJADI RAJA LAGI…

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, July 14, 2012

Doa aku untuk hari ini...

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.
“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.
“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Friday, July 13, 2012

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, July 11, 2012

mengertilaa...

ungkapan apakah yang sesuai utk sy berikan pada awk??? sy kesal,kecewa dengan sikap awk..tapi sy tak pernah menbenci awk..apatah lagi utk meninggalkan awk..sy ttp d sini bsama awk..wlpn awk xtahu apa yg tersirat d hati sy..mungkin awk xsedar dalam diam sy mnagis...sy berusah syum..sy xnk org thu sy terluka..setiap kali awk lukakn hati sy..sy slalu mf kn awk..tp awk ttp xfhm perasaan sy...
saya..xminta awk sanjung sy,sy xmintak awk anggap sy seperti sorg puteri...tp ckupla mgenali sy,ckuplah mghargai pgorbanan sy...dan awk sedia mnerima sgla klemahan sy...bantulah sy ke jln kbhgian, dan ppuk laa rasa cinta antara kita...

saya nak awk tahu..sy bukan anak hartawan,bukan anak karyawan, sy juga xpandai berfalsafah...sy seorg ank desa..yg hidup serdahana..wlpn khidupan ini kadang kala menguji kmampuan sy..sy terima seadanya,wlpn ia teramat perit bgi sy... stiap kali sy lalui jln yg berliku sy sering berpaling..agar awk sntiasa bersama sy ,tp....sy tahu ia hanya sekadar hayalan...pjalanan hidup sy..masih jauh..sy teruskn jua wlpn sy tak sekuat yg mreka sangka...

tapi..... awk xtahu....awk xtahu apa yg sy rasa,awk xpernah hargai saya ( sy terkilan)...

xpe..sy xkesah... sy terima seadanya..

satu hari nanti awk akan faham apa yg saya ingin smpaikan... sy harap masa tu awk jgn kesal dgn apa yg telah terjadi... ksh syg sy pd awk xpernah berubah wlpn berkali awk lukakn sy...

salam....
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, July 10, 2012

Seindah Kata

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Friday, July 6, 2012

Keraj oo Kerja

Salam haii.... lama betul x wat entry..ema bz sekarang..hari ni pun terpakse kerja gak ( spatutnya hari ni cuti ).. Kemarin pg2 lagi bos dh call suh dtg kerja ary ni.. minggu lepas ema ada mesyuarat kat Cameron Higland..2hari 1 malam jer...balik tu rasa nk demam pn ada..iye laa..rehat xckup..tido pn xckup...lenguh satu badan... tapi pape pn.. best gak laa g tu.. tp nk jln2 xsempat pn..cuma masa balik tu kejap jer shopping tu pn xbyk bb jln jem laa.. ok laa ni ema ad nk kongsi cikit gmbar ema n staff kat kerja...

ni time dinner.. bersama Wan Suriati Staff PBTM



Baju Baru tu..hihhihi



  Ok ni Lak semasa minum..time ni dah kul 2pg dah..mata tu mgantuk dh sgt2..ok besama kami tu Isteri Dato'



 Sebelum balik begambar sebagai kenangan di The Cool Point Hotel, Cameron Higland


 SEbahagian dripada Staff PBTM Negeri Kelantan




Besama Kak Mah. Isteri kpd Bendahari PBTM Negeri Kelantan..aku tumpang kerta dia laa


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿