Wednesday, January 30, 2013

Tazkirah: Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup


Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Doa Kepada Ibu Bapa Membuka PIntu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Rahsia Personaliti Diri



Assalamualaikum.... dan Selamat Pagi... Jom segarkan minda anda dengan Rahsia Personaliti..

Ini adalah ujian personaliti diri.
Pilih jawapan anda mengikut naluri.
Tidak ada jawapan yang benar atau salah.

Bayangkan diri anda bersama seorang rakan di kedai kopi. Rakan anda baru saja memilih cappuccino, yang anda fikirkan ingin pilih. Jadi apa yang akan anda lakukan sekarang?


A) "Aku sama."
B) "Aku juga."
C) "Buatlah dua."
D) "Aku mahu teh ais."
(Atau yang minuman lain yang berbeza sama sekali .)
E) "Cappuccino."

Pilih jawapan anda, kemudian turun ke bawah untuk setiap pernyataan dan pengertian



"Aku sama."
Anda adalah orang yang mudah. Anda jarang menolak kawan-kawan anda ketika
mereka datang kepada anda untuk meminta bantuan. Kadang-kadang, anda mungkin lebih bijaksana untuk mengatakan "TIDAK". Hal ini dapat menyelamatkan anda daripada masalah yang tidak perlu.

"Aku juga."
Anda adalah orang yang ragu-ragu. Dan alasannya mungkin kerana anda berfikir lebih daripada yang lain! Kadang-kadang anda perlu pergi untuk itu, kalau tidak, anda mungkin mendapati diri anda kehilangan banyak kesempatan yang pada akhirnya akan membawa anda menuju kejayaan.

"Buatlah dua."
Anda mempunyai kemahuan yang kuat. Anda ingin mengendalikan orang lain. Meskipun
anda tidak menunjukkan hal ini, anda mempunyai keinginan tersembunyi untuk menjadi lebih baik daripada semua orang yang mengelilingi anda.

"Aku mahu teh ais."
(Atau minuman lain yang sama sekali berbeza.)
Anda sangat kompetitif dan tidak takut untuk mempersembahkannya. Anda tidak puas dengan kedudukan kedua. Namun, anda harus berhati-hati engan tindakan anda, seperti orang lain mungkin merasa tidak selesa kerana anda sifat keras kepala untuk menang di semua perkara.

"Cappuccino."
Keras kepala adalah kata terbaik untuk menggambarkan anda. Anda tidak akan menyerah pada apa sekali pikiran anda ditetapkan. Anda hidup dengan peraturan anda sendiri, dan mengutuk yang lain darinya. Tetapi untuk banyak orang, anda hanya keras kepala
yang masih dalam pertimbangan kepada orang lain.


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Rahsia Pandangan Mata


Cara pandangan mata seseorang terdapat makna yang tersirat. Berikut adalah rahsia disebalik pandangan mata. Artikel ini adalah sekadar bacaan semata-mata, bukan untuk dibuat pegangan 

1. Jika mata jarang berkedip
Tand orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila dia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau

Orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata

Orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah
Tanda orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil

Tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh 
Orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7. Jika mata besar macam mata lembu
Orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnya

Berhati-hati! Orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, January 26, 2013

~warkah cinta~




mimpi itu umpama pelangi...
cantik, namun hanya fantasi...

kita harus akur,
bahawa perjalanan ini adalah kehidupan...
yang sentiasa bergerak dan berjalan...
doaku...
moga Allah anugerahkan kekuatan...
demi sebuah perjuangan kehidupan...
dan menganugerahkan khusnul khatimah buatmu mujahadah....



*COPY&PAST*


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

"KALAU ANDA DILAHIRAN PADA"


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana² bulan,anda adalah no.9


no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.


no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.


no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.


no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 


no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.


no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, January 16, 2013

khas untuk sume wanita.


Hanya Utk mu seorang Wanita...

Yaa Allah, jadikan wanita yang membaca ini
menjadi wanita yg cantik, kuat, sabar. sihat,
solihah & disayangi banyak orang. Tolong &tingkatkan
kehidupannya.Begitupun jika dia melangkah, selamatkan
dia dan berikanlah dia kekuatan dalam mengharungi
kehidupan di DUNIA dan AKHIRAT' Amin.

ambik dari blog cik tom.sape2 nak ambik pon boley.ni sebagai doa jugak.


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, January 15, 2013

Rezeki


Assalamualaikum.. pembuka bicara...


Biacara aku tiada laa seenak bicara insan lain.. apa yg aku tulis hanya sekadar luahan yg terpendam di hati kecil aku ini... sekurang-kurangnya dengan luahan ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati aku...:)



Semaikan kata2 ni dalam diri kita....

Ia ibarat pembakar semangat sy...

Sy hrus bjaya !! HARUSSS...

Aku bukanlaa dari kalangan Orang berpangkat dan kaya.. pekerja aku sekarang pun hanya KERANI... tambah2an bukan dari Badan Kerajaan.. setiap kali aku melihat orang lain berjaya.. hati aku sedikit cemburu!! .. CEMBURU kerana aku masih bergini..masih betatih untuk mencapai kejayaan.. tapi dari sikap cemburu melihat kejayaan org lain laa.. ia seakan2 mbakar semangat aku untuk turut serta mencapai KEJAYAAN.. !!! biar pun ada halangan namun aku tetap ingin berjaya!!.. mungkin bukan rezeki aku untuk masa ini.. mana tahu suatu hari nanti??? 

Doa aku tidak putus pada yg Maha Esa.. pelbagai cara aku mencuba.. ! tidak sekali pun terasa penat dengan kehidupan skrg kerana aku tahu ada lg yg lbh susah.. cuma rezeki manusia ALLAH dah tentukan.. ketabah, kesabaran. keyakinan dan semangat sentiasa berkobar2 dlm dad aku...

moga apa yg aku hajati satu hari nanti ... akan tercapai..
setiap langkah aku.. penuh dengan pengharapan...

Niat di hati... aku :

* ingin menbantu ma...xnk ma kerja lagi...
* teringin sgt nk hntar ma ke MEKAH... (sbb sy tahu.. ma pn nk ke sana)
* Saya nk tengok ma tersenyum (sbb sy tahu sy stu2nya harapan ma).. Insyaallah ma... sy akn berusaha..

Di sini aku serta kan doa2 pembuka rezeki , moga kita sama2 amalkan nya.. Insyallah...





Moga segalanya dipermudahkan... aminnn


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿