Saturday, July 14, 2012

Doa aku untuk hari ini...

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”.
“Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan”.
“Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya”.
“Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya”.
“Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini”.
“Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh”.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Friday, July 13, 2012

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, July 11, 2012

mengertilaa...

ungkapan apakah yang sesuai utk sy berikan pada awk??? sy kesal,kecewa dengan sikap awk..tapi sy tak pernah menbenci awk..apatah lagi utk meninggalkan awk..sy ttp d sini bsama awk..wlpn awk xtahu apa yg tersirat d hati sy..mungkin awk xsedar dalam diam sy mnagis...sy berusah syum..sy xnk org thu sy terluka..setiap kali awk lukakn hati sy..sy slalu mf kn awk..tp awk ttp xfhm perasaan sy...
saya..xminta awk sanjung sy,sy xmintak awk anggap sy seperti sorg puteri...tp ckupla mgenali sy,ckuplah mghargai pgorbanan sy...dan awk sedia mnerima sgla klemahan sy...bantulah sy ke jln kbhgian, dan ppuk laa rasa cinta antara kita...

saya nak awk tahu..sy bukan anak hartawan,bukan anak karyawan, sy juga xpandai berfalsafah...sy seorg ank desa..yg hidup serdahana..wlpn khidupan ini kadang kala menguji kmampuan sy..sy terima seadanya,wlpn ia teramat perit bgi sy... stiap kali sy lalui jln yg berliku sy sering berpaling..agar awk sntiasa bersama sy ,tp....sy tahu ia hanya sekadar hayalan...pjalanan hidup sy..masih jauh..sy teruskn jua wlpn sy tak sekuat yg mreka sangka...

tapi..... awk xtahu....awk xtahu apa yg sy rasa,awk xpernah hargai saya ( sy terkilan)...

xpe..sy xkesah... sy terima seadanya..

satu hari nanti awk akan faham apa yg saya ingin smpaikan... sy harap masa tu awk jgn kesal dgn apa yg telah terjadi... ksh syg sy pd awk xpernah berubah wlpn berkali awk lukakn sy...

salam....
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, July 10, 2012

Seindah Kata

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Friday, July 6, 2012

Keraj oo Kerja

Salam haii.... lama betul x wat entry..ema bz sekarang..hari ni pun terpakse kerja gak ( spatutnya hari ni cuti ).. Kemarin pg2 lagi bos dh call suh dtg kerja ary ni.. minggu lepas ema ada mesyuarat kat Cameron Higland..2hari 1 malam jer...balik tu rasa nk demam pn ada..iye laa..rehat xckup..tido pn xckup...lenguh satu badan... tapi pape pn.. best gak laa g tu.. tp nk jln2 xsempat pn..cuma masa balik tu kejap jer shopping tu pn xbyk bb jln jem laa.. ok laa ni ema ad nk kongsi cikit gmbar ema n staff kat kerja...

ni time dinner.. bersama Wan Suriati Staff PBTM



Baju Baru tu..hihhihi



  Ok ni Lak semasa minum..time ni dah kul 2pg dah..mata tu mgantuk dh sgt2..ok besama kami tu Isteri Dato'



 Sebelum balik begambar sebagai kenangan di The Cool Point Hotel, Cameron Higland


 SEbahagian dripada Staff PBTM Negeri Kelantan




Besama Kak Mah. Isteri kpd Bendahari PBTM Negeri Kelantan..aku tumpang kerta dia laa


✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿