Saturday, June 23, 2012

Dekorasi Pelamin cun gilerr

Salam….
Hai lame x wt entry kat blog kite ni…waaa busy laa
Hari ni rasa ad masa yang terluang cikit so, kita nk kongsi gambar pelamin2 yg lawa
Nasib laa kita dah kawen lau belum…
Rasa cm nk sewa jer pelamin cm ni..semua lawa2 laaa
Alai rasa rugi laak..kihkih
Pape pn sape yg belum kawen tu boleh laaa wat pilihan kat cni semua lawa2
Pasti korang semua ppuas aty laa…

  saya suka sangat2 yang ni..lawa nyaaaaa... :)


 yang ni lawa jugak


 simple jer kan...



 ni lau dapat yg ni tido pn rasa xnak bangun kihkih..(LAWA)


 sweetnya.....


 sape2 yg suka simple tu..blh laa pilih yg ni..lawa tau






 ni pn lawa juga...rabun mata tgk...(semuanya lawa)


Kalau korang nak tengok lagi banyak.. TEKAN SINI
Selamat menyamu mata....

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, June 13, 2012

Jom Sama-sama kita amalkan.

Doa harian dan Pengertian doa


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Sunday, June 10, 2012

Petua Mencantikkan Wajah

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI
sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 

KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.


MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.


MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Kisah Kita

Assalamualaikum..W.B.T

Camat pagi sume..wah nak kata pagi xlaa pagi sangat...
kali ni nk buat entry tentang ema..
xlaa menarik cm  entry org lain..
apa yg ttulis ni..hnya dari hati ema..

Kisah Kita
kisah ema dan Cinta Hati
sweet gtu...ok kami knl dah lame dh...taun 2006 ag
ok..dia simple cm ema gak simple...

dalam phbungan ni mmg bnyak dugaan
tp alhmdulilah..kami tabah menghdapinya
ala cm org lain gak gaduh2 ni biasa laa asam garam dalam
perhubungan...
lau xgaduh tak best gak..
hihihi...

apa yg ema harap phubungan n iktan ni akan bkekalan hingga 
ke akhir hayat...

xmau.. cite pjg2..ni tgk 
sedikit sebanyak gambar kami...
hihihi..tp dia xsuka bgambar..tgk mood nk bgambar pn..




Ni laa Cinta Hati ...~ Ngeee~





✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, June 9, 2012

Sekadar Renung

Sekadar Renungan

Hidup tidak selalunya indah
Bagai hari-hari yang lalu
Ada malam selepas siang
Ada panas selepas hujan
Ada redup selepas rebut
Dan nikmatilah rasa keindahan
Di dalam hati yang sentiasa bersinar
Dengan pancaran “ NUR KEIMANAN”

Ingatlah!! Harumnya cinta
Sekadar fantasi semata-mata
Harumnya-harum persahabatan
Adalah realiti yang pasti
Tiada resah Cuma rindu bertandang
Pada sebuah kemesraan..

Sahabatku…
Kegagalan dalam percintaan
Adalah sekadar merealitikan fantasi
Namun kegagalan dalam perjuangan
Adalah seperti kegagalan dalam kehidupan
Jika karam di kamar rindu,hiasilah bibirmu
Dengan senyuman..
Senyuman itu adalah pengubat segala-galanya

Berdoa,bertawakal dan berusahalah
Untuk mengadai pelangi kejayaan
Pabila dirimu merenungi bulan
Ingatlah kehijauan rumput dan bumi…

Duhai…
Sahabatku,tabahkan hatimu
Dalam merempuhi gelombang kehidupan
Usah merempuhi gelombang kehidupan
Usah dibiarkan hidupmu terumbang ambing
Tanpa arah dan tujuan..
Merempuh dunia percintaan ibarat
Merempuh samudera yang sedang bergelora
Kesetiaan ibarat taufan,amat buruk untuk disadang..

Kerana takdir itu hikayat yang
Bercerita penuh kebenaran..
Cintakan manusia ibarat menikam di hati sendiri
Cintakan Allah adalah penawar segala-galanya..
-KEKESAHAN-

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Murahnya Harga Cinta

Assalamualaikum…
Ok! Ema mmg lama xmnulis dalam blog..hihihi
Bukan apa sibuk sikit dengan urusan kerja
Tu yang tak sempat tu
(al’maklumlaa pekerja yang rajin..ngee!!)


Ok! Ary ni ema nk mulis tentang “MURAHNYA HARGA CINTA”
Korang fhm tak mksud ny???


Jeng-Jeng!!!
Hope korang sudi baca,
Kalau pjg sngt..truskn laa jugak ok..hihihi




Di awal percintaan psgan kkasih ni mmg sgp mberi serta bkorban apa sja kn..btl X???? ala perkara ni norma dan belaku pd byk org. bila kita tnya mgapa sgup bkorban smpai bgitu skali,jawapannya mstilaa “ dh syg lgpun mmg spttnya kta buat mcm2 utk org yg kta sygi.bkn utk org lain pn utk psgan kta juga”

Diakui myyangi kksh shingga sgp bkorban apa shja xslh tp biar lah bpada2 terutama d awal pcintaa.
Jgn smpai kmu terlalu byk mberi shngga terlbh. Akibatnya kmu juga yg rugi dan bersedih krna apa yg tlh kmu beri tdk bbaloi dgn apa yg kmu dpt.Ssnguhnya mberi tlalu byk dan awl adalh antra kslpan bsr wanita dan lelaki dlm bcinta.

Hampir  sma dgn tanaman. Kamu tidak pasti bykkh baja yg perlu di letakkn,akhirnya kmu terlbh mletaj baja dgn hrapan tanaman akn lbh sht dan subur.Akhirnya tanaman tersebut mati kerana tlbh baja.bergitu juga dgn pcintaan.

Meh!! sini tgk 6 tanda yg tergolong sedang terlebih beri

Kamu mnelefon dia lbh dri dia mnelefon kamu.
Sgla perancangan utk kluar bsma smua kamu yg aturkan dan dia xpernah skali pn mgajak kamu kluar.bkn itu shja si dia xpernah mbyr apa2 spjg kluar bsma kamu.
Kamu aje yg sllu mberi si dia hadiah, sdgkan dia langsun xingt pn nk beri hadiah wlpn pd hari jadi kamu sndri.
Apa shja yg si dia mtk kmu pasti akn sdya upaya mgadaknnya biapn stgh dri permintaannya.
Stp kali mbawanya kluar kmu sntiasa mmstikan kamu mbawa si dia ktempat2 yg mnarik,mahal n mewah. Tujuan kamu bbuat bgitu sbb mahu si dia sntiasa gmbra dan seronok bila kluar bsma kamu. Wlpn hakikatnya kamu bknlah tlalu kaya utk berbuat demikian.
Kamu bgitu manjakn dia.biar pn sdh psti si dia mlakukn kslhan dan cuba curang pd kamu ttp kamu hnya bsikap x Nampak krna tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.

Tindakan sebaiknya

Apa yg perlu kmu lakukn ialah bhnti bharap. Mksdnya, andai kamu tlbh beri sbaiknya bhnti atau langkah  ke belakang smula spya phubungan blh bnafas kmbali. Cara yg blh kmu lakukn ialah elakkn dri mghubunginya. Diamkn dri buat sketika. Kalau blh, pergi mlncong,blk kg, berehat ke tmpat lain. Kalau kamu tak boleh menlancong,apa kata kamu sibukkan diri kamu dgn kerja dan rakan2 utk berapa minggu shja. Jangan risau,kamu tidak akan kecewa. Ini pnting!! Berikan ruang utk perhubungan kamu. Biar masa blalu tnpa ada tindakan dri kamu dan jgn lupa dlm masa yg sma kamu msti la CERIA!! Ok. Mungkin skali skala kamu blh call dan sms ttp jgn bckp tlalu lama,skadar btnya khabar ckuplah. Mungkin 2 minggu skali. Wjudnya ruang spt ini dlm phbungan mbolehkan kdua pihak mmkirkan smula hala tuju perhubungan…

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿