Saturday, June 9, 2012

Sekadar Renung

Sekadar Renungan

Hidup tidak selalunya indah
Bagai hari-hari yang lalu
Ada malam selepas siang
Ada panas selepas hujan
Ada redup selepas rebut
Dan nikmatilah rasa keindahan
Di dalam hati yang sentiasa bersinar
Dengan pancaran “ NUR KEIMANAN”

Ingatlah!! Harumnya cinta
Sekadar fantasi semata-mata
Harumnya-harum persahabatan
Adalah realiti yang pasti
Tiada resah Cuma rindu bertandang
Pada sebuah kemesraan..

Sahabatku…
Kegagalan dalam percintaan
Adalah sekadar merealitikan fantasi
Namun kegagalan dalam perjuangan
Adalah seperti kegagalan dalam kehidupan
Jika karam di kamar rindu,hiasilah bibirmu
Dengan senyuman..
Senyuman itu adalah pengubat segala-galanya

Berdoa,bertawakal dan berusahalah
Untuk mengadai pelangi kejayaan
Pabila dirimu merenungi bulan
Ingatlah kehijauan rumput dan bumi…

Duhai…
Sahabatku,tabahkan hatimu
Dalam merempuhi gelombang kehidupan
Usah merempuhi gelombang kehidupan
Usah dibiarkan hidupmu terumbang ambing
Tanpa arah dan tujuan..
Merempuh dunia percintaan ibarat
Merempuh samudera yang sedang bergelora
Kesetiaan ibarat taufan,amat buruk untuk disadang..

Kerana takdir itu hikayat yang
Bercerita penuh kebenaran..
Cintakan manusia ibarat menikam di hati sendiri
Cintakan Allah adalah penawar segala-galanya..
-KEKESAHAN-

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

0 ulasan: