Tuesday, October 1, 2013

HATI ANDA ADALAH CERMIN WAJAH ANDA..

Semua orang pun cantik dan lawa sebenarnya. Tiada istilah hodoh, buruk pada ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah dengan diri anda sendiri. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Acapkali manusia tertipu dengan kecantikan wajah, dan mengenepikan kecantikan akhlak. Seiringkanlah..jika hati cantik, akhlak cantik..insyaAllah wajah kita pun akan tempias dengan kecantikan dalaman kita. Hati anda cerminan wajah anda. :) Jangan takbur, jangan riak, jangan pandang rendah pada orang lain apatah lagi pandang hina pada orang. Sebab di sisi Allahswt, kita semua sama sahaja tarafnya iaitu HAMBA Allahswt.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

@_@

kerana sayang, kita terpaksa meninggalkan.

kerana sayang, kita terpaksa melepaskan.

kerana sayang, kita terpaksa melupakan.

banyak perkara berlaku di luar kemahuan kita.

dan bukan dalam kawalan kita.

Yakin. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

dan ada pahala dalam sekecil-kecil pengorbanan perasaan yang redha dengan ujian.
@_@

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Inilah Perjuangan

Inilah Perjuangan

Telah puas aku berjalan.. telah puas memilih teman.. tapi ku masih keseorangan.. walau ramai mengaku teman.. Aku bagaikan layang layang.. kau tarik dan enkau lepaskan.. apabila datangnya taufan.. kau lepaskan dari pegangan.. Ohhhoo.. mana kejujuran.. Ohhhooo.. telah kau lupakan.. hilanglah.. semua pertimbangan.. Bagaikan tiada jawapan.. suasana semakin pudar.. lidah bercabang bagai ular.. masa depan ku makin sukar.. Katamu tidak kau kotakan.. tapi kota yang kau runtuhkan.. inikkah dia perjuangan.. yang dulu pernah kau ucapkan.. Ohhooo.. dimana janjimu.. Ohhhoo.. ku terus memburu.. Ku karam.. di amuk.. harapan.. Katamu tidak kau kotakan.. tapi kota yang kau runtuhkan..

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Dalam Kembara ..


Di alunan ini.. Ku luahkan keresahan.. Untuk menempuhi.. Liku liku dunia.. Berdebar hatiku.. Meneruskan langkah ini.. Di manakah arah.. Harus kutujui.. Sepanjang jalan.. Penuh kesulitan.. Apakah diriku.. Akan berjaya.. Hanya pegangan.. Sebagai cahaya.. Untuk menyuluh.. Di lorong gelita.. Oh Tuhan berikanlah semangat.. Untuk aku terus berdiri.. Agar dapatku meneruskan langkah ini.. Dan mencari.. Kebenaran.. Selagi riwayat.. Belum berakhir.. Takkan ku henti.. Perjalanan ini..

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

DOA PAGI HARI INI...


  • Ya Allah, bila pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang. Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah.... Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan. Dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi karuniaMu dalam hidup kami. Jadikanlah airmata-airmata yang mengalir ini, menjadi butiran mutiara kehidupan baginya. Didunia ini dan akhir nanti,... Ya Allah, ditengah badai kehidupan datang menghempas, hilangkanlah segala deritanya, Bangkitkan semangat untuk terus berjuang bagi orang yang kelelahan, Kucurkanlah mata air rahmat sebagai pelepas dahaga, Berikanlah semangat hidup bagi orang yang berputus asa, Ya Allah jangan biarkan hati- hati yang berputus asa tenggelam dalam keputusasaannya. Jadikanlah apapun yang dihadapinya sebagai penuntun untuk lebih dekat dengan MU, sebagai jalan untuk masa depan yang lebih baik, lebih indah dan lebih membahagiakan. . Yaa Allah, Berilah kami pemahaman bahwa sesungguhnya memberi maaf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepadaMU & berilah petunjuk pada hati kami agar mudah bagi kami untuk memberi maaf pada orang yang salah pada kami. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari kesalahan karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Aamiin Ya Allah..aamiin Ya Rabbal alamiin

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

SENDIRI MENYEPI....

Sendiri menyepi.. Tenggelam dalam renungan.. Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan.. Perlahan ku cari.. Mengapa diriku hampa.. Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat.. Mungkin dan mungkin lagi.. Aku merasa.. Sendiri menyepi.. Ingin ku menangis.. Menyesali diri.. Mengapa terjadi.. Sampai bila ku begini.. Resah tak bertepi.. Kembalikan aku pada cahayaMU.. Yang sempat menyala.. Benderang di dalam hidupku.. Ku ingin cahayaMu.. Mendekati hidup ku..
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

MUNGKINKAH TERTAWA

Haruskah ku padamkan.. kedukaan ini.. dengan titis airmata.. dan menyayat hati.. ataupun biar dalam.. keadaan bergini.. Haruskah diriku.. kembali disini.. di depan dirimu.. yang tiada suri.. mungkinkah tertawa.. aku menanti diri.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa.. Sejambak kasih bekal harapan.. terhapus di pertengahan jalan.. gugur bagaikan dedaunan.. tercemar kehormatan cinta.. Apa salahku.. hingga.. kau paling pada aku.. Aku bertanya pada.. diri oh mengapa.. mengapa kita setiai.. kehidupan.. aku tersiksa..
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, July 24, 2013

NUKILAN BUAT SUAMIKU

Pernikahan atau Perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia ...
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya
Isteri adalah murid, Kamu mursyid nya
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ...
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan ridho
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana
Justru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, May 25, 2013

Assalamulaikum.. wbt..

 Lama betul x b'blog.. hehehe sbb sy lbh aktif di fb... hari ni.. sy nk share apa yg sy jual.. n lau u all berminat boleh laa mbuat tempahan dengan sy. tambahan lg raya dh nk dekat u all msti tercari2 baju yg cun n tren skrg kn.. so sy jz kongsi kn apa yg sy jual..


Kurung Moden Mermaid





 

Berminat??? u all boleh Pm sy terus di Puteri Collection atau di Fb Puteri Dahlia.

Ukuran baju.. sy lebih galakan custmer memberi ukuran badan sndri.. kerana itu lbh mudah .. :)
untuk pengetahuan u all. setiap tempahan anda perlu menbuat deposit sebanyak RM50.00 lps baju siap baru jelaskn bayaran baju.. :)

* Tq coz sudi singgah n jenguk2*
*jangan lupa like page Puteri Collection *

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Tuesday, April 2, 2013

BUAT SUAMIKU...


Buat suamiku..

*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.

*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.

*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak bias dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..

*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera meratah setiap air tanganku.

*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

*Suamiku, aku bangga mengandungkan dan melahirkan zuriatmu, dapat kurasakan seolah2 nadiku bersatu dengan nadi mu di saat dia membesar dalam rahimku, inilah hadiah terindah dariku untuk mu, tp..jangan pula kerana anugerah ini, kau menjauh, janganlah menyisihkan aku dan janganlah pula kau sia-siakan kami..kasihilah kami dan kasihanilah kami seadanya kerana hanya kau tempat kami bernaung.

*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..

*Suamiku, aku isteri yang di ciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..

*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.

*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang dating meggoda..jangan pernah lupakan aku di rumah yang sentiasa menantimu.

*Suamiku, mungkin juga aku bukan tercipta dari tulang rusukmu, mungkin juga jodoh kita tidak berpanjangan…namun aku harap kau ingat bahawa suatu masa dahulu, engkaulah syurga ku, yang pernah aku saying dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..

*Suamiku, mungkin ditakdirkan aku pergi dulu darimu…aku pinta agar kau bisa memaafkan segala dosaku, halalkan segala makan minumku, dan bilaku tiada, janganlah pula kau lupa untuk sedekahkan AL-FATIHAH dan doa untukku..kau besarkanlah zuriat kita seadanya dan jangan pula kau abaikan dia..janganlah kau selalu buat dia menangis dan cubalah mengerti hatinya yang tidak punyai ibu untuk bermanja. Janganlah juga kau tangisi pemergianku selama-lamanya..kau berhak di cintai oleh insane yang selain dariku kerana aku tahu, hatimu penuh dengan kasih sayang..
Terima kasih suamiku.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Sunday, March 17, 2013

Pernahkah.........

Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terpikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang..?

Itu adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...
[QS 4:114 , 2:195 , 28:77]

Pernahkah...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati..?

Itulah saatnya di mana Allah... Sedang rindu padamu dan ingin agar kamu berbicara padaNYA...
[QS 12:86]

Pernahkah...
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima telepon darinya..?

Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu.
Tidak ada namanya kebetulan...
[QS 3:190-191]

Pernahkah...
Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga...
Yang selama ini kamu inginkan...
Tapi rasanya sulit untuk didapatkan..?

Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu...
Dan hasil dari benih kebaikan yang anda taburkan sebelumnya.
[QS 65:2-3]

Pernahkah...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu sulit...
Begitu tidak menyenangkan... hambar...kosong...
bahkan menakutkan...?

Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyadari KeberadaanNYA.
Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu.
Karena DIA tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan...
[QS 47:31 , 32:21]

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam area, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau pikir tulisan ini hanya iseng terkirim padamu...?

TIDAK..! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...

Beberapa menit ini tenangkanlah dirimu...

Rasakan kehadiran-Nya...

Dengarkan suara-Nya yang berkata:

"Jangan Khawatir, AKU ada disini bersamamu..!"
[QS 2:214 , 2:186, 50:16]
AbahIyes

Moga mengingatkan kita ...Like dan Share moga bermanfaat ...

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

:: Aku Hanya Wanita Biasa Duhai Suamiku ::

:: Aku Hanya Wanita Biasa Duhai Suamiku ::

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tau,aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bunda Khadijah, karenanya ku ingin kau tau,
aku bisa saja berbuat salah dan begitu membuatmu marah.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku durhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.

Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti
InsyaAllah
Maka, aku akan tampak kotor dan bau asap.

Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.

Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluham dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,
tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatan ku...
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya belaianmu...

Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadam segala resahku...
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..
Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dam memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...

Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku karena-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku karena aku bukan istri Nabi...

Aku hanya wanita biasa......

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

KISAH BENAR

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…


Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”


Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.


Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…


Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.


Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.


Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya


Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.


Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….


Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.


Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.


Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.


Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.


Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….



P/S: kalau laa suami sy memahaminya............. tp syg.. suami sy xpernah mgangap kwujudan sy bhrga.. bg dia.. setiap sudut smua kslhan dtg dari sy... sy dh penat, penat sgt2... sy xthu cm mana pengakhirannya nty.. moga sy Tabah mghdapinya...
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Sunday, March 3, 2013

Aku Yang Terluka


Terlalu lama aku memendam perasaan ini
Apa dalam hatimu sudah hilang rasa cinta buat ku
Kalau dulu akulah segalanya namun kini… ..
Semuanya sudah berubah
Aku mengharapkan kasih sayang mu
Akan berpanjangan hingga nyawa ini terputus
Namun ternyata segalanya sia-sia
Aku terluka kerana mu, insan yang aku sayang
Aku cuba untuk jadi kuat
Aku cuba untuk pertahankan
Apa yang telah kita bina namun
Pengakuan darimu itu amat menyakitkan
Jika memamg itu mahu mu
Tiada guna lagi aku terus bertahan
Biarlah saja aku melepaskan mu
Andai itu yang mampu membahagiakan mu
Mungkin memang begini suratan
Yang tertulis di azali
Jodoh ku bersama mu
Cuma sampai di sini
Aku redha meski teramat pahit
Untuk aku terima

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Monday, February 18, 2013

Hati berbicara


ALLAH menitipkan Kelebihan disetiap Kekurangan.....

Menitipkan Kekuatan disetiap Kelemahan......
Menitipakan Sukacita disetiap Dukacita.....
Menitipkan Harapan disetiap Kerayuan....

ALLAH berjanji semua itu akan indah pada waktunya....



✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

BILA HATI BERBICARA

1.  Jangan banyak berharap pada si dia yang tak menghargai diri mu ..
Berbahagialah dengan apa yang kamu miliki .. Dan jangan bersedih dengan apa yang tidak kamu miliki .. 

2.  Aku menulis namamu di langgit tetapi awan menghapusnya .. Lalu aku menulis namumu di pantai namun ombak telah menghapusnya .. Jadi aku menulis namamu di sudut hatiku agar tidak akan ada yang boleh menghapusnya .. :)

3.  "Jika inginkan KEJAYAAN, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaikinya"

4.  ❝Tidak semua AIR MATA bererti DUKA.. Kadangkala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN..❞

❝Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA.. Kadangkala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA..❞

5.   Setiap manusia tidak lari dari musibah, tetapi manusia boleh mengubah musibah itu menjadi satu hikmah..#always positive..

6.  “Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. =)

7.   Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap semua,
tetapi perlu menjadi matahari yang silaunya akan membuat Adam tertunduk sebelum memandangnya ;)

8.  "senyuman itu percuma, tp sgt berharga, ia memberi kebahagiaan dlm persahabatan, memberikan kekuatan dlm keletihan, memulihkan semangat yang kecundang, ukirlah senyuman di wajahmu supaya dpt membahagiakan setiap insan.""

9.   ~Tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurnian WUDHUK dan AIR MATA keinsafan.Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu untuk mendengar segala ISI HATI yang lara~

10.   Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana di hadapan sedang menunggu sesuatu keajaiban..#keep smiling.. :-)

11.  Kau kan temui kebahagian suatu hari nanti .. Walaupun aku tidak bersama kau .. Jangan kau risau tentang aku .. Ku akan sentiasa mendoakan dan mengingati dirimu ..ku harap kau juga begitu.. Dari jauh ku akan mencintai mu .. :') :') 

12.  Mengapa harus ada rasa cinta jika tiada keikhlasan ..Andai ku tahu diri mu tak kan setia tuk menyimpan segala rasa cinta .. Kecewa ku mengenang semua bicara manis mu yang tiada makna.. Betapa gelapnya dunia tanpa mu disisi ku .. Andainya ku tahu kau hanya mempermainkan diri ini ..

13.  Manusia berbeza-beza...
Tetapi semuanya menuju 1 arah dalam mencari KEREDHAAN dan KETAQWAAN kepada ALLAH...

14.  Orang jahat tak semestinya masuk neraka kerana adanya taubat, orang baik tak semestinya masuk syurga kerana adanya riak

15.  Menerima perpisahan sebagai pengalaman hidup .. Kekecewaan adalah asam garam kehidupan 
Jadilah insan yang bersyukur dAn berterimakasih .. Hormatilah dan sayangi diri anda .. Tetapkan arah tujuan dan makna hidup anda .. 
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

UNTUK DIA

Bergitulah Caranya.....
Bergitulah Dirinya.....
Bergitulah segala-galanya....


Ungkapan itulah yang mampu aku katakan... mungkin ia akan berakhir.. itu pintarnya.. apalah daya aku! itu mahunya...

Tiada yang mengerti.. tiada yang tahu apa yang telah terjadi... aku tak tahu mana silapnya... berkali-kali aku cuba mempertahankannya... tapi aku juga yang dipersalahakan!....

Janjinya bagaikan daun-daun yang gugur... pedih hati siapalah tahu...
Maafku padanya sentiasa terbuka.. tapi kenapa ia hanya seketika???...

Tidak terdetikkah dihatinya.. untuk menilai??? Egonya tinggi... aku terkilan.. tapi aku tetap bersabar... Kerana sabar itulah yang mengajar aku erti KETABAHAN....

Siapalah aku dimatanya... baginya... semua salah aku! yg buruk aku! yg jahat aku!.. smua yang tidak baik semua datang dari aku...

kenapa ia terlalu EGO!!!!

Jika itu mahu mu.. aku terpaksa... ssungguhnya itu bukan mahu ku.... biar lah aku BERDIAM diri.. krana itu lebih baik dari bersengketa...biarlah... aku menahan dari cakap orang! mungkin itu sementara...(diri mula terbayang wajah ma n abah... maafkan ema...jangan tanya ema apa2...ema xmampu nk berkata2)....

Aku selalu berkata pada diri sendiri aku wanita yang TABAH!!!
bila teringat dan ku imbas kembali... bertapa sedihnya aku... Airmata aku laju mengalir... aku sendiri yang laluinya...

Maafkan lah aku.. halalkan makan minum aku... halalkan segala-galanya...
mungkin awk lbh bahagia dengan orang lain.. siapalah saya pada diri awk...

# Menagis itu perlu #











✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Saturday, February 16, 2013

Jangan Tidur Sebelum Kita Berjaya Memaafkan Orang Lain


Kita sering mendengar ayat ini dalam hidup sehari-hari. Pelbagai pandangan yang bakal kita dapat jika kita mengutarakan kata-kata tersebut. Pasti ada yang setuju dan mungkin sesetangah pihak akan membangkang kenyataan ini. Tapi itulah realiti hidup, bila ada pihak yang melakukan kesalahan, pasti akan ada pihak yang memaafkan kesalahan tersebut.

Tapi, persoalan sering bermain di benak fikiran ana sendiri. Mampukah ana untuk melakukannya? Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlalu mengikut hawa nafsu. Astagfirullahalazim. Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa ana yang lemah ini.

Ikhlaskah kita andai kita memaafkan seseorang itu? Atau kita hanya sekadar berkata. “Ye, saya dah maafkan segala kesilapan awk”. Cukupkah hanya dengan kata-kata ini menandakan kita sudah rela untuk memaafkan mereka? Semoga kita semua, dapat mengikhlaskan hati, memaafkan mereka. Susah untuk kita memaafkan seseorang tetapi tidak mustahilkan kita dapat memaafkan orang tersebut?



INSYALLAH, teman-teman, memang sukar untuk kita memaafkan seseorang tetapi kita juga harus ingat bahawa kita juga sering melakukan kesalahan dan pastinya kita ingin orang tersebut memaafkan kita. Jadi, kita ambil ikhtibar dengan situasi ini, jika kita menginginkan orang lain memaafkan kita, kita juga harus melakukan perkara yang sama.

Ingatlah kita sebagai manusia, bahawa ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba hendaklah sentiasa memaafkan orang lain andai inginkan hidup sentiasa di berkati di dunia dan juga di akhirat.
Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga.

Wassalam, peringatan ini lebih kepada untuk diri ana sendiri yang sering melakukan kesilapan.^_^

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Wednesday, January 30, 2013

Tazkirah: Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup


Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿

Doa Kepada Ibu Bapa Membuka PIntu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
✿ Terima Kasih Sudi Baca ✿